Keluhuran Budi Sang Murabbi Agung


Keluhuran Budi Sang Murabbi Agung

Kisah ini telah diceritakan oleh seorang Sheikh kpd ana pd suatu hari ketika makan tengahari bersamanya. Semasa berziarah ke medan Imam Hasan Al-Banna telah berkunjung ke sebuah perkampungan di pedalaman Mesir. Selesai majlis rasmi, beliau didatangi seorang sheikh tua yg miskin menjemput imam berziarah ke rumahnya. Melihat kpd kesungguhan sheikh tersebut imam bersetuju hadir dgn beberapa syarat; antaranya dia seorang sahaja yg masuk ke rumah w/pun ramai yg menghantarnya dan kedua jangan sediakan apa2 hidangan, cukup dgn hanya meminum segelas teh. Sheikh bersetuju lalu imam pun menunaikan janjinya. Apa yg menariknya di sini; apabila imam masuk ke rumah, lalu dihidangkan segelas teh itu… Setiap kali dihirup atau diteguk teh tersebut imam lalu berpaling ke arah sheikh sambil tersenyum, begitulah seterusnya sehingga berbaki sedikit sahaja….sheikh dan isterinya rasa sungguh gembira dan berpuashati. Akhirnya imam meminta izin utk pulang dan tinggallah sheikh dan isterinya dlm keriangan yg tidak terungkapkan. Nabi bersabda bhw sisa mukmin adalah ubat, lalu diambilnya sisa teh yg ditinggalkan imam utk diminum. Alangkah terkejutnya sheikh kerana beliau dapati teh tadi terasa amat masin…..rupa2nya isterinya tersilap, bukan gula yg dicampur ke gelas teh tadi tapi garam rupanya..subhanallaah. Tergambar wajah imam yg mengukir senyum setiap kali diteguk teh baru sekejap tadi. Perasaannya bercampur2 antara rasa simpati dan bersalah serta rasa kagum terhadap sikap imam yg sangat mulia tersebut..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s