Tahaluf Siyasi Dalam Islam; Perspektif Sirah Nabawi


Islam al-Din yang mudah difahami. Jangan dipersulitkan apa yang mudah,
termasuk hukum hakam dan persoalan tahaluf yang hangat diperdebatkan
sekarang. Rujukan kita ialah al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan Qias.
Termasuk ke dalam al-Sunnah itu ialah memahami Sirah Nabawi yang
menjadi gambaran jelas kehidupan Rasulullah SAW dalam segenap sudut
geraklakunya. Jadikanlah diri kalian mereka yang celik Sirah. Jauhkan
diri kalian daripada kekeliruan dalam menentukan halatuju yang sudah
jelas ini.

Mari kita merenung hakikat yang saya sebutkan di atas dalam konteks
‘Tahaluf Siyasi Dalam Islam’ oleh TG Dr Haron Din Hafizhohullah…

‘Tahaluf Siyasi Islami’ adalah suatu polisi yang diasaskan oleh
Rasulullah s.a.w., dirangka suatu pelaksanaan dasar Islam dalam
masyarakat majmuk di zaman baginda.

Oleh kerana Islam lahir dan berkembang dalam sebuah negara yang
masyarakatnya (majmuk) berbilang bangsa dan agama, maka keperluan
untuk mewujudkan kerjasama di antara kaum dan agama, adalah sesuatu
yang tidak dapat dielakkan.

Ia pasti berlaku, jika tidak Islam akan tersisih dari arus penghidupan
dan tertinggal di belakang, tanpa dipedulikan.

Masyarakat Madinah sebagai contoh, adalah masyarakat yang terdiri
daripada masyarakat yang berbilang agama, iaitu Islam, Yahudi,
Nasrani, Majusi, Dahri, Wathani dan sebagainya.

Ia juga mempunyai pelbagai bangsa Arab, Balbar, kaum Yahudi, kaum
Nasrani dan sebagainya.

Jika itulah realitinya, maka bagaimana Islam boleh hidup bersefahaman,
dan mereka yang tidak Islam boleh menerima Islam.

Jika tidak ada tonggak yang menyatupadukan masyarakat, dalam sebuah
negara, maka di atas itu mestilah ada kerjasama yang disebutkan
sebagai tahaluf siyasi.

Rasulullah s.a.w. bertahaluf siyasi dengan Yahudi Bani Auf, tercatat
dalam perjanjian tahaluf, iaitu pada perkara pertama disebut:
“Kaum Yahudi Bani Auf adalah satu umat bersama dengan orang Mukmin.
Mereka bebas mengamalkan agama mereka sendiri dan orang Islam dengan
agama mereka. Begitu juga dengan orang-orang yang bersekutu dengan
mereka, termasuk juga diri mereka sendiri. Perkara ini juga untuk
Yahudi-Yahudi lain dan bukan untuk Bani Auf sahaja.”

Cuba renungkan perjanjian atau persefahaman yang Rasulullah s.a.w.
buat, bukan di antara orang Islam dengan Bani Auf sahaja, tetapi
dengan kesemua kaum Yahudi.

Ertinya jika dengan Yahudi pun Nabi s.a.w bertahaluf, maka anda harus
faham mengapa PAS bertahaluf dengan DAP.

Apa yang PAS lakukan adalah benar dan harus dari segi syarak, iaitu
bertahaluf dengan DAP.

Di dalam al-Quranul Karim, Allah berfirman (mafhumnya): “Allah tidak
melarang kamu daripada berbuat baik (bekerjasama) dan berlaku adil
kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan
tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
“Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman
rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang
lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan
mereka teman rapat, maka mereka itulah orangorang yang zalim.” (Surah
alMumtahanah, ayat 8 dan 9)

Jika jelas sebegitu, apakah anda masih tidak boleh terima? Yang
penting tindakan PAS tersebut adalah syarie dan boleh disokong
orang-orang Islam.

Namun demikian, tahaluf siyasi dalam Islam bukannya qat’ie atau yang
mesti diikut selama-lamanya. Ianya suatu keperluan di suatu masa,
selagi kepentingan Islam tidak benar-benar tergugat dan tidak mendapat
keuntungan daripada bertahaluf. Ertinya ia tidak selama-lamanya.

Jika keberuntungan kepada Islam terjejas, kedaulatan Islam tidak
terbela, maka tahaluf ini, dari segi hukumnya boleh disemak semula.
Wallahua’lam. ”

UsTACZ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s