Amalan “Bidah” dari Syaikh Ibju Taymiyah dan Ibnul Qayyim


Tajribah Syeikh Ibnul Qayyim baca ayat tertentu sebanyak 7 kali akan dapat fadhilat sekian²
dan Tajribah Syeikh Ibnu Taymiyyah baca zikir tertentu sebanyak 40 kali akan dapat fadhilat sekian²

  1. Dinyatakan oleh Syeikh Ibnul Qayyim:

Diantara khasiat ayat ini (QS. Al-Anbiya: 83)

وأيُّوبَ إذ نادىٰ ربَّهُ أَنِّي مَسَّنيَ الضُّرُّ وأنتَ أرحَمُ الرَّاحمين

Beliau menulis:

جمع في هذا الدعاء بين حقيقة التوحيد وإظهار الفقر والفاقة إلى ربه ووجود طعم المحبة في المتملق له والإقرار له بصفة الرحمة وإنه أرحم الراحمين والتوسل إليه بصفاته سبحانه وشدة حاجته وهو فقره ومتى وجد المبتلى هذا كشف عنه بلواه

telah terhimpun di dalam doa inj hakekat tauhid, menzohirkan kefakiran dan sangat berhajat pada Allah, wujudnya rasa cinta pada zat yang dicintainya, pengakuan bahwa Allah bersifat Rahmah “dan sesungguhnya Dia adalah Zat Yang Maha Pengasih di antara para pengasih”, dan bertawassul padaNya dengan sifatNya dan bersangatan hajatnya sedangkan dia dalam keadaan kefakiran.
Ketika orang yang ditimpa ujian itu merasakan keadaan ini, nescaya Allah akan menghilangkan ujian itu darinya.

وقد جرب أنه من قالها سبع مرات ولا سيما مع هذه المعرفة كشف الله ضره

Dan telah ditajribahkan (dibuktikan keberkesanannnya dengan pengalaman) bahawa sesiapa yang membaca ayat itu sebanyak 7 kali, lebih-lebih lagi disertai dengan pemahaman ini, Allah menghilangkan kesusahannya.

الفوائد ص ٢٠١

  1. Dan diantara mujarrobat ibnu taymiyyah dinyatakan oleh Ibnul Qayyim pada kitab Madarij as-Salikin, :

وكان شيخ الإسلام ابن تيمية قدس الله روحه
شديد اللهج بها جدا، وقال لي يوما لهذين
الاسمين وهما الحي القيوم تأثير عظيم في حياة
القلب، وكان يشير إلى أنهما الاسم الأعظم،
وسمعته يقول : من واظب على أربعين مرة كل
يوم بين سنة الفجر وصلاة الفجر “يا حي يا
قيوم، لا إله إلا أنت برحمتك أستغيث” حصلت
له حياة القلب، ولم يمت قلبه
Ibnu Taimiyyah (w. 728 H) termasuk orang yang sangat suka dengan zikir itu
(يا حي يا قيوم، لا إله إلا أنت برحمتك أستغيث)
dan suatu ketika beliau pernah berkata: Kedua isim ‘al-Hayyu dan al-Qayyum’ ini mempunyai bekas yang besar bagi menghidupkan hati. dan ibnu taymiyyah memberi isyarat bahawa kedua-dua asma’ ini termasuk isim
a’dzam.
Dan aku mendengar Ibnu Taymiyyah berkata :
“Barang siapa yang membiasakan membaca
sebanyak 40 kali setiap hari, di waktu antara
solat sunnah fajar dan solat subuh, “ya
Hayyu ya Qayyum la ilaha illa anta, bi rahmatika
astaghits, maka hatinya akan selalu hidup dan
tak akan pernah mati”. (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
(w. 751 H), Madarij as-Salikin, hal. 1/446).

Leave a comment