Imam Mahdi Serang Arab Saudi?


Ⓜ️ “𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗛𝗗𝗜 𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗥𝗔𝗕 𝗦𝗔𝗨𝗗𝗜?”

KETIKA Imam Mahdi muncul nanti , Perkara pertama yang dilakukan adalah Imam Mahdi bersama pasukannya Panji Hitam akan memerangi Arab Saudi.

Sepertimana yang disabdakan Baginda Nabi Muhammad S.A.W di dalam hadis sahih Muslim,

“Kalian akan perangi jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kalian perangi) Persia sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Ruum sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya.” (HRMuslim 5161)

Sungguh menjadi tanda tanya besar pada orang ramai terutamanya orang islam , Mengapa Khalifah Imam Al Mahdi dan pasukannya nanti akan memerangi jazirah arab dahulu barulah kemudian memerangi kerajaan (negara) lainnya.

Jazirah Arab yang dimaksudkan Rasulullah S.A.W Tentunya adalah kerajaan ARAB SAUDI.

Pasti ramai yang tertanya Mengapa Khalifah Imam Mahdi akan menyerang kerajaan Arab Saudi yang terang-terang adalah negara Islam.

Sebelum tu korang kena tahu 𝟱 Fasa Ummat Nabi Muhammad S.A.W,

“𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗭𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗔𝗪”

-Zaman ini selama 23 tahun. 13 tahun di mekah dan 10 tahun di madinah, Zaman Rasulullah S.A.W terkenal dengan “Zaman Ummah Pertama”. Islam berkembang hingga tiga suku dunia dan dianuti oleh semua bangsa di muka bumi ini. Dengan kemunculan Islam, dua gergasi besar iaitu Rom dan Parsi akan menjadi lemah dan tunduk dibawah kekuasaan Islam. Setelah Baginda Nabi S.A.W wafat, Maka berakhirlah fasa pertama ini. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya YA.

“𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 𝗭𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗵𝘂𝗹𝗮𝗳𝗮 𝗔𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘆𝗶𝗱𝗶𝗻”

-Zaman ini ialah zaman pemerintahan 4 Sahabat Nabi S.A.W , Bermula dengan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq – Saidina Umar Al-Khattab – Saidina Uthman Affan – Saidina Ali bin Abi Talib. Zaman ini selama 30 tahun, Di mana kekuasaan Rom dan Parsi yang telah lemah itu terus tumbang di bawah pemerintahan 4 sahabat Nabi ini. Setelah itu dikuti dengan Zaman Saidina Hasan bin Ali dan Khalifah Umar Abdul Aziz. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya YA.

“𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗭𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗞𝗼𝗻𝘀𝗲𝗽 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻”

-Zaman ini ialah zaman pemerintahan raja-raja Islam. Pada zaman ini bermula dari Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan sehinggalah zaman Kerajaan Uthmaniyyah, di mana akhir fasa zaman Uthmaniyyah ini muncul pengkhianat Islam iaitu Kamal Artatuk meruntuhkan institusi kekhalifahan di Turki. Adakah ia sudah berlalu? Jawapannya YA.

“𝗞𝗲𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗭𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗯𝗮𝗿𝗶𝘆𝘆𝗮𝗻 (𝗗𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿)”

-Selepas berakhirnya Zaman khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924, Maka muncul la zaman pemerintahan Arab Saudi – Wahabi yang dibantu oleh British dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1904 Khalifah Turki Uthmaniyyah pernah menghantar tentera ke tanah arab untuk memerangi golongan Saud dan Tentera Turki Uthmaniyyah berjaya mengalahkan mereka dan merampas kembali Wilayah Riyadh dan Nejd. Tetapi setelah keruntuhan Uthmaniyyah golongan Saud dan Golongan wahabi berjaya menguasai sesetengah wilayah di tanah arab.

Semasa Perang Dunia I, Ibn Saud (Raja Arab Saudi – 1) memihak kepada British dan Pada tahun 1922 golongan Saud berjaya menewaskan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan secara tak langsung menamatkan penguasaan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Tanah Arab.

Pada tahun 1925, golongan Saud dan Wahabi berjaya menawan Kota Suci Makkah daripada Shariff Hussein ibn Ali. Pada 10 Januari 1926, Ibn Saud ditabalkan menjadi Raja Hijaz di Masjidil Haram, Makkah.

Pada tahun 1932, setelah menguasai sebahagian besar Semenanjung Arab daripada musuh-musuhnya, Ibn Saud menamakan tanah gabungan Hijaz dan Nejd sebagai Arab Saudi. Beliau kemudiannya menabalkan dirinya sebagai Raja Arab Saudi dengan sokongan pihak British dan Amerika Syarikat.

Pada zaman inilah berleluasanya ideologi-ideologi manusia yang garis panduan mereka adalah diambil dari hasil buah fikiran ahli fikir, sama ada ia bernama sosialis, komunis, kapitalis, demokrasi dan lain-lain lagi termasuk nasionalis. Inilah fasa di mana kita hidup sekarang ini. Maka kita dapat simpulkan bahawa fasa keempat ini merupakan fasa kemenangan bagi kaum kafir dan kekalahan bagi orang-orang yang beriman kerana zaman ini dikatakan muncul kembali cara-cara kehidupan zaman Jahiliyyah yang pernah berlaku semasa zaman Nabi S.A.W dahulu.

Dalam fasa ini jugalah tertegaknya sistem dajjal. Setiap urusan dunia dikelolakan dengan nilai-nilai materialistik, liberism dan sekularism dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi, budaya, pendidikan, undang-undang, ketenteraan bahkan keagamaan. Zaman inilah zaman yang Nabi S.A.W paling risau terhadap umatnya kerana terlalu banyak fitnah yang membawa kepada kehancuran dan keadaan hura hara di negara Islam.

Berbalik pada tajuk utama, Ada beberapa Alasan mengenai Hadis Nabi Bahwa Imam Mahdi Nanti Akan Memerangi Jazirah Arab (Saudi Arabia). Mengapa Nanti Imam Mahdi Memerangi Jazirah Arab?

𝗝𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗱𝗮 𝟰 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯:

𝟭. Jazirah Arab dulunya majoriti Ahli sunnah, sekarang di kuasai oleh Wahabi Saudi, oleh sebab itu Imam Mahdi di lahirkan untuk memerangi Arab Saudi.

𝟮. Arab Saudi merupakan wilayah terbesar dari jazirah (semenanjung) Arabia. Kerajaan ini memiliki bendera yang tertera padanya kalimat Laa ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah SAW lengkap dengan pedangnya. Namun semua orang tahu betapa kezaliman banyak terjadi kerajaan tersebut. Seperti penghancuran Makam-makam sejarah dan Para ulama.

𝟯. Kerajaan Saudi Arabia wujud dengan pemberontakan dan kejatuhan Kekhalifahan Turki Uthmaniyyah , atas sokongan Yahudi Zionis dan sekutu Illuminati dan Freemason. 75ribu pasukan Saudi Arabia—Saudi Arabian National Guard (SANG)—dibentuk dan mendapat pelatihan dari Vinnel Corporation, Iaitu salah satu Private Military Agency (PMA) Amerika Syarikat dengan nilai kontrak yang sangat besar. Tentu saja, CIA dan MOSSAD berada di belakang PMA ini.

𝟰. Para penguasa Kerajaan Saudi banyak menyumbang dan membantu Zionis israel dengan membuka segala perusahaan Zionis Israel untuk membantu Zionis Israel menguasai palestin.

Rasulullah S.A.W itu sudah mengetahui apa akan terjadi pada akhir zaman ini , Disebabkan itulah Rasulullah S.A.W mengetahui Imam Mahdi akan mengakhiri dan menghancurkan kesombongan dan kezaliman para Mulkan Jabbriyyan di semenanjung Arabia. Jangan pernah lupa akan hadis ini , Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Kalian akan perangi jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya.” (HR Muslim).

“𝗙𝗮𝘀𝗮-𝗭𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗶𝗺𝗮.”

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan mengerjakan amal-amal yang saleh, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridai-Nya untuk mereka, dan Dia menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah An-Nur Ayat 55)

Pada ayat dari surah an-nur ini , Allah memberi jaminan dunia akan kembali dikuasai oleh islam , Pada zaman ini Khilafah Islamiyah akan kembali memimpin dunia. Kita semua akan hidup aman, Tiada berlaku kemungkaran, Peperangan dan tidak akan ada yang kelaparan.Zaman ini adalah kehancuran zaman moden kita akan hidup seperti zaman terdahulu sebelum adanya teknologi yang ada pada hari ini.

Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam pasukan Imam Mahdi yang akan memperoleh salah satu dari dua kebaikan Isy Kariman (hidup mulia di bawah naungan Syariat Allah) atau mati syahid. Amin ya Rabb.

Apakah kalian sudah persiapkan diri dari segi Rohani dan jasmani ? Jika belum maka persiapkanlah. Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku Semata kerana Allah.

Sumber: Roshidi Daud Shidi

Leave a comment