Perempuan Bernyanyi di Muka Umum


FASIQ: PELAKU MAKSIAT MENYANYI BERDUET

1) HARAM HUKUMNYA perempuan menjadi PENYANYI tanpa khilaf ulama’ dan haram juga upah dari nyanyian itu. Suara wanita apabila dikeraskan atau dilunakkan dengan tujuan nyanyian dan bersedap-sedapan dengannya maka ketika itu ia menjadi aurat dan haram didengari oleh lelaki walaupun perempuan itu memakai tudung. Apabila wanita itu dipampang di atas pentas lalu dinikmati kecantikannya oleh lelaki maka hukum haram ini menjadi bertambah berat.

2) Ulama’ Fiqh menggelar penyanyi perempuan sebagai “Maqannit” iaitu perempuan murahan yang tiada maruah & tiada harga diri disamakan dengan perempuan pelempias nafsu lelaki dan lelaki berasa jijik untuk mengahwininya.

3) Orang lelaki yang mendengar ATAU turut sama menyanyi dengan Maqannit adalah dihukum sebagai FASIQ dan SAFIH (bodoh akalnya), DITOLAK kesaksiannya, tidak boleh menjadi Wali Nikah dan Saksi Nikah.

4) Lelaki sedemikian digolongkan sebagai Dayyathah iaitu lelaki pelaku maksiat yang keji, buruk dan jijik perangainya.

5) Dakwah BUKANLAH lesen untuk melakukan maksiat sama ada secara tertutup apatah lagi secara terbuka. Pelaku maksiat sebegini wajar dikecam oleh masyarakat dan ditakzir oleh penguasa.

6) Gitar adalah alat muzik yang haram dengan Ittifaq, segala jenis alat muzik bertali (Awtar) adalah dilarang Syarak. Pemain gitar dikategorikan oleh Syarak sebagai pelaku maksiat dan Fasiq.

Saya menggesa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan agar melucutkan Tauliah individu terbabit dan dipanggil untuk pemulihan akhlak dan sahsiah.

Leave a comment