JANTUNG HATI SI DOKTOR JANTUNG


JANTUNG HATI SI DOKTOR JANTUNG

Saya merasakan bahawa salah satu nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada kita adalah apabila kita dikurniakan sahabat yang baik. Apabila kita melihat atau bersahabat dengannya maka kita akan semakin dekat dengan Allah swt.

Saya mengenali T semasa menuntut di sebuat pusat matrikulasi dan kami sedang ‘pulun’ agar berjaya mendapatkan tempat di tempat di fakulti perubatan. Tidak mudah, hanya 70 daripada keseluruhan 700+ matrikulasi perubatan pada tahun itu akan diterima masuk ke fakulti perubatan di universiti tempatan ini.

Kami berdua mempunyai latarbelakang anak kampung dan bukan daripada keluarga yang berada. Saya agak aktif berpersatuan tetapi T agak ‘low profile’ orangnya. namun beliau jelas berpotensi kerana rajin berusaha dan tidak suka bersembang kosong mahu pun ‘lepak tarbawi’.

Ditakdirkan Allah, T terlebih awal dipilih untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di Australia. Kesedihan perpisahan ini saya lupakan setelah saya ditakdirkan pula untuk belajar di Ireland pada 1986 dulu.

Entah kenapa, kami terpisah tanpa berkomunikasi selama lebih daripada 26 tahun.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian kepakaran di UK pada tahun 2000, saya mencari beliau di sebuah hospital universiti tempatan kerana saya dikhabarkan bahawa beliau adalah seorang doktor pakar jantung di hospital tersebut.

Kesedihan memang terasa apabila diberitahu bahawa beliau baru sahaja meletakkan jawatannya untuk berpindah ke utara Malaysia. Namun beberapa petugas dan para pesakit yang saya temui di hospital tersebut sempat menceritakan kepada saya betapa Dr T adalah seorang doktor pakar jantung yang sangat baik. Beliau konsisten dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakitnya samada siang atau malam. Apatah lagi apabila diberitahu oleh bapa mertua saya bahawa beliau sendiri pernah dirawat oleh Dr T ketika dimasukkan ke unit CCU di hospital tersebut.

Dr T sentiasa berpesan kepada petugas perubatan yang lain agar memberitahu segala perkembangan pesakitnya samada siang atau malam, miski pun ketika beliau sedang dalam percutian. Dalam erti kata lain bagi Dr T, para pesakitnya adalah ‘jantung-hati’nya.

Pencarian tersebut hanya berakhir apabila baru-baru ini saya menerima sebuah mesej inbox (fB) daripada Dr T setelah kami berpisah selama 26 tahun. Kami hanya bertemu kembali di alam maya setelah beliau terbaca beberapa artikel mengenai isu Palestin yang saya kongsikan di alam siber.

Baru saya tahu bahawa beliau kini bertugas sebagai pakar perunding kardiologi (jantung) di salah sebuah hospital pakar di utara. Ketika sibuk merawat para pesakitnya, beliau mencuri peluang membalas mesej yang saya utarakan. Saya dapati beliau ‘tidak berubah’ dan terus hebat serta merendah diri seperti dahulu miski pun telah menjadi seorang yang berjaya di dalam profesionnya.

Di akhir perbualan, beliau memohon nombor akaun Aman Palestin Bhd untuk beliau berikan sedikit sumbangan kemanusiaan. Dr T mengakhirkan perbualannya dengan sebuah mesej pendek, ‘saya baru bank-in RM 10,000 sebentar tadi untuk meringankan bebanan para pesakit di Gaza’.

Saya amat bersyukur kerana dapat kembali menyambung persahabatan dengannya. Saya bersaksi bahawa Dr T adalah seorang doktor yang menjiwai kerjayanya dengan menjadikan para pesakit sebagai ‘jantung-hati’nya demi mencari keredhaan Allah swt.

Saya doakan agar Dr T istiqamah di jalan kebaikan sehingga ke akhir hayatnya dan diberatkan mizan kebaikan untuknya di akhirat kelak.

Amin Ya Rabb…..

Oleh: Dr Zainur Rashid Zainuddin 

Sumber: Peduli Ummah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s