Bid’ah-bid’ah Akidah Golongan Wahhabi


Al-Shaykh Prof. Dr. ʿAlī Miqdādī al-Ḥātimī al-Ashʿarī Membongkar Bid’ah-bid’ah Akidah Golongan Wahhabi

<<<<< >>>>>

Bid’ah-bid’ah golongan Wahhabi merangkumi isu-isu akidah dan furuk.

Prof. Dr. ʿAlī Miqdādī al-Ḥātimī al-Ashʿarī (2022) di dalam kitabnya “Iʿlām al-Bariyyah bi Baʿḍ al-Bidaʿ al-ʿAqadiyyah allatī Ibtadaʿahā Muddaʿū al-Salafiyyah [631 muka surat],” telah menyenaraikan dan membincangkan dua puluh empat (24) bid’ah-bid’ah golongan Wahhabi dengan bukti-bukti rujukan dari kitab-kitab dan fatwa mereka sendiri dan kemudian mengkritiknya dengan dalil dan hujah ulama’ Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Bid’ah-bid’ah akidah golongan Wahhābī yang disenaraikan oleh beliau ialah seperti berikut:

[1] Mengiktikadkan wujudnya ḥawādith (perkara baru/ alam) yang tidak mempunyai permulaan.

[2] Menyatakan Allah mempunyai kayf yang tidak diketahui (majhūl).

[3] Menetapkan jismiyyah (sifa-sifat jisim) dan anggota-anggota [seperti muka, tangan, kaki, jari dan betis] bagi Allah.

[4] Menetapkan ṣūrah (rupa) bagi Allah dan rupa-Nya itu seperti rupa manusia.

[5] Mengiktikadkan suara (ṣawt) sebagai sifat bagi Allah.

[6] Mengiktikadkan bahawa Allah mempunyai rasa bosan (malal).

[7] Sebahagian mereka mengiktikadkan bahawa Allah boleh merasa sakit (yatawajjaʿ).

[8] Mengiktikadkan bahawa Allah berada di satu tempat (makān) yang mereka namakan sebagai al-makān al-ʿadamī (tempat yang tiada).

[9] Mengiktikadkan bahawa ketinggian hakiki (tempat) merupakan sifat bagi Allah.

[10] Mengiktikadkan bahawa duduk (quʿūd dan julūs) merupakan sifat bagi Allah.

[11] Mengiktikadkan bahawa ḥadd (batasan/ saiz) merupakan sifat bagi Allah.

[12] Mengiktikadkan bahawa Allah boleh menyentuh (yalmas) dan boleh disentuh (yulmas).

[13] Mengiktikadkan bahawa dekat fizikal (jarak) merupakan sifat bagi Allah.

[14] Mengiktikadkan bahawa nuzūl (turun) dan harwalah (berjalan dengan cepat/ berlari-lari anak) [yang disebut dalam nas mutashābihāt] dengan makna “berpindah” dan “bergerak” merupakan sifat bagi Allah.

[15] Mengiktikadkan bahawa maqām maḥmūd [bagi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ] ialah Allah akan mendudukkan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ di atas ʿArash bersama-Nya.

[16] Mengiktikadkan tauhid yang berbilang-bilang (Tauhid Tiga Serangkai).

[17] Sebahagian mereka mengiktikadkan bahawa neraka akan binasa [dan tidak kekal abadi].

[18] Mengiktikadkan bahawa tafwīḍ (manhaj Ahli Sunnah Wal Jama’ah) adalah seburuk-buruk pandangan ahli bid’ah dan ilḥād (kufur ingkar).

[19] Mengiktikadkan bahawa takwil (manhaj Ahli Sunnah Wal Jama’ah) adalah bid’ah yang tidak pernah diucapkan oleh generasi Salaf.

[20] Mengiktikadkan bahawa khabar (hadis) āḥād mencapai tahap yakin [seperti mutawātir dan dikafirkan orang yang mengingkarinya].

[21] Mengiktikadkan bahawa kedua-dua ibu bapa Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ berada di dalam api neraka.

[22] Menghancurkan kesan-kesan sejarah yang mempunyai kaitan dengan Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ dengan hujah untuk menghalang tabarruk dengannya [yang merupakan kesyirikan menurut mereka].

[23] Bersikap mengambil mudah bagi pengkafiran terhadap [ulama’ dan umat Islam] yang menyalahi mereka (berbeza dengan pegangan mereka).

[24] Mengiktikadkan pengharaman bagi shadd al-raḥl (pemusafiran) untuk menziarahi kubur Rasululah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ dan menganggap permusafiran tersebut sebagai maksiat yang tidak boleh diqasarkan solat fardu padanya.

Nota:

Secara umumnya, bid’ah-bid’ah golongan Wahhabi yang disenaraikan ini merangkumi:

– bid’ah tajsim dan tashbih,

– bid’ah takfir dan tabdīʿ,

– bid’ah sebahagian ahli falsafah, dan

– bid’ah di dalam membilang-bilangkan tauhid.

PENUNTUT ILMU

Leave a comment