Niat Puasa Romadhona atau Romadhoni


[ ROMADHONA atau ROMADHONI ]

Saya tulis ni bukan pasal hukum hakam niat puasa ya, saja nak berkongsi ilmu tambahan bahasa arab tentang penggunaan kalimah romadhan. Sekali lagi saya ingatkan , perbincangan ini langsung tidak menjejaskan niat puasa kita sekalipun tersalah baris kerana tempat niat itu di hati bukan di mulut / lafaz.

Ok jom,
1] Sebenarnya dalam sebutan baris ini, saya lebih memilih baris bawah dengan bacaan (romadhoNi)
“ nawaitu souma godin ‘an adaie fardhi syahri ramadhani hazihis sanati lillahi ta’ala “

Mengapa? Kerana ia lebih tepat dari sudut tatabahasa :

i. ROMADHAN ni adalah isim ghair munsarif ; isim alam dan ada tambahan alif nun ( رمض + ان ).

ii. Jadi hukum isim ghair munsarif ni dlm matan al fiah ibn malik sebut : selama mana isim ghair munsarif ini tidak diidofahkan maka dia akan berbaris Fathah (atas). Tapi apabila ia diidofahkan (disandarkan) dengan lafaz setelahnya ataupun ditambahkan ia dgn alif lam ال maka kaedah i’rabnya akan auto menjadi berbaris kasrah (bawah), maka jadilah ia RomadhoNI (mudof) yg disandarkan kepada kalimah selepasnya hazihis sanah.

iii. Tengok maksud lafaz niat : aku niat puasa esok hari untuk menunaikan kewajipan bulan ramadhan pada tahun ini, kerana allah ta’ala. ( ramadhan itu disandarkan kepada kalimah selepas nya : pada tahun ini ).

2] Kalau hendak guna bacaan seperti dibawah ini (romadhoNA), boleh saja tetapi ikut tatabahasa memang salah la. Tapi sekali lagi sy beritahu, PUASA kita SAH !! Tiada kaitan dengan bacaan niat ini. Ok?
Mengapa salah?

i. Jika hendak Baca fathah (baris atas) romadhoNA maka akan menjadikan hazihis sanat itu sebagai Zorof Zaman. Maka kalau sudah zorof status i’rab dia berubah menjadi nasab. Bacaannya pun menjadi ramadhoNa dan Hazihis sanaTA, bukan lagi sanaTI mcm dibawah.

ii. Bila menjadi Zorof, makna pun berubah atau terasing menjadi waktu puasa. Jadi mcm ni : aku niat puasa esok hari, untuk menunaikan kewajipan bulan ramadhan pada SEPANJANG TAHUN INI kerana allah ta’ala. Panjangnya hang puasa, selama setahun ya 😆..

Untuk menguatkan hujjah bagi bacaan yg tepat seperti number satu itu saya bawakan dalil :

(a) Di dalam Kitab I’anah at-Tholibin, juz 2/253 :

‎يُقْرَأُ رَمَضَانِ بِالْجَرِّ بِالْكَسْرَةِ لِكَوْنِهِ مُضَافًا إِلَى مَا بَعْدَهُ وَهُوَ إِسْمُ اْلإِشَارَة

Romadhoni (ni) dibaca jar dengan kasrah (baris bawah) karena statusnya menjadi Mudaf kepada kalimah selepasnya iaitu isim isyarah (hazihi).

Cukup la satu dalil, nak lebih boleh cari sendiri 😆
Jangan takut pula nak berniat lepas ni ya, ini perbahasan umum tentang ilmu bahasa arab sahaja, tiada kaitan dengan hukum hakam berpuasa..

Semoga ada manfaat,
Nizam Al Banjari

Leave a comment