Hukum Membaca Surah Al-Fātiḥah Selesai Berdoa Selepas Solat


Fatwa Imam Shihāb al-Dīn al-Ramlī (w.954H) Berkenaan Hukum Membaca Surah Al-Fātiḥah Selesai Berdoa Selepas Solat


Fatwa al-Imām al-ʿAllāmah al-Faqīh Shihāb al-Dīn al-Ramlī (w.957H) di dalam “Fatāwā al-Ramlī,” yang telah dihimpunkan oleh anaknya al-Imām al-Mujaddid [Kurun ke-10] Shams al-Dīn al-Ramlī al-Shāfiʿī (w.1004H), Jilid 1/4, muka surat: 160-161, cetakan ʿAbd al-Ḥamīd Aḥmad Ḥanafī (diterbitkan sebagai hāmish bagi al-Fatāwā al-Fiqhiyyah al-Kubrā oleh al-Imām Ibnu Ḥajar al-Haytamī), berkenaan hukum membaca surah al-Fātiḥah selesai berdoa selepas solat:

[(سُئِل) عن قراءة الفاتحة عقب الدعاء بعد الصلوات؛ هل لها أصلٌ في السنة أم هي محدثةٌ لم تُعهَد في الصدر الأول؟ وإذا قلتم محدثة؛ فهل هي حسنة أو قبيحة؟ وعلى تقدير الكراهة؛ هل يثاب قائلها أم لا؟

“Beliau (al-Imām al-ʿAllāmah al-Faqīh Shihāb al-Dīn al-Ramlī (w.957H)) ditanya berkenaan: [hukum] pembacaan surah Al-Fātiḥah selesai berdoa selepas solat: adakah baginya asas di dalam Al-Sunnah ataupun ia adalah perkara baru yang tidak terdapat di dalam generasi awal umat Islam? Dan sekiranya Tuan menyatakan bahawa ia adalah perkara yang baru: maka, adakah ia sesuatu yang baik (ḥasanah) atau buruk (qabīḥaḥ)? Dan sekiranya ia dianggap makrūh, adakah ganjaran diberikan kepada pembacanya atau tidak?.”

(فأجاب) بأن لقراءة الفاتحة عقب الدعاء بعد الصلوات أصلًا في السنة، والمعنى فيه ظاهرٌ؛ لكثرة فضائلها، وقد قال صلى الله عليه وآله وسلم: «فاتحةُ الكتابِ معلقةٌ في العرش ليس بينها وبين اللهِ حجابٌ». وفيها من الصفات ما ليس في غيرها، حتى قالوا: إن جميع القرآن فيها، وهي خمس وعشرون كلمة تضمنت علوم القرآن؛ لاشتمالها على الثناء على الله عز وجل بأوصاف كماله وجماله، وعلى الأمر بالعبادات، والإخلاص فيها، والاعتراف بالعجز عن القيام بشيء منها إلا بإعانته تعالى، وعلى الابتهال إليه في الهداية إلى الصراط المستقيم، وعلى بيان عاقبة الجاحدين.

“Maka beliau menjawab: sesunggunya bagi pembacaan Al-Quran selesai berdoa selepas solat itu terdapat asas di dalam Al-Sunnah, dan makna ini zahir padanya kerana fadilatnya yang banyak.

Sesungguhnya Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah bersabda: (( Fātiḥat al-Kitāb (Surah Al-Fātiḥah) itu tergantung di Arash, tiada sebarang hijab di antaranya dan Allah )).

Dan padanya terdapat sifat-sifat [keistimewaan] yang tidak ada pada selainnya, sehingga mereka (para ulama’) berkata: “Sesungguhnya seluruh Al-Quran itu terhimpun di dalamnya, dan ia mengandungi dua puluh lima (25) kalimah yang menghimpunkan ilmu-ilmu Al-Quran; kerana ia merangkumi:

  • Pujian yang indah kepada Allah dengan sifat-sifat kesempurnaan-Nya dan keindahan-Nya.
  • Perintah untuk melakukan ibadah.
  • Perintah untuk keikhlasan bagi melakukan ibadah.
  • Pengiktirafan kelemahan diri sendiri bagi melakukan ibadah melainkan dengan pertolongan Allah.
  • Permohonan doa kepada Allah bagi mendapatkan petunjuk ke jalan yang lurus.
  • Dan penerangan tentang akibat buruk bagi mereka yang mengingkari [petunjuk dari Allah].

ومن شرفها: أن الله تعالى قسمها بينه وبين عبده، ولا تصح القراءة في الصلاة إلا بها، ولا يلحق عمل بثوابها؛ وبهذا المعنى صارت أم القرآن العظيم، وأيضًا فلكثرة أسمائها، وكثرة الأسماء تدل على شرف المُسَمَّى، ولأن من أسمائها: أنها سورة الدعاء، وسورة المناجاة، وسورة التفويض، وأنها الراقية، وأنها الشفاء، والشافية؛ لقوله صلى الله عليه وآله وسلم: «إنها لكل داء»، وقالوا: إذا عُلِلْتَ أو شَكَيْتَ فعليك بالفاتحة؛ فإنها تَشْفِي] اهـ.

“Dan di antara kemuliaannya ialah:

Sesungguhnya Allah membahagikannya (surah Al-Fātiḥah) di antara-Nya dan hamba-Nya [sebagai munajat di dalam solat].
Dan tidak sah bacaan Al-Quran di dalam solat melainkan dengannya.

Dan tidak ada amalan lain yang menyamai pahalanya, maka dengan makna ini, ia layak menjadi Ummu Al-Qur’ān al-ʿAẓīm.

Dan begitu juga kerana banyaknya nama baginya; dan [kaedah bahasa arab menyatakan bahawa] banyaknya nama menunjukkan kemuliaan pemilik nama. Dan sesungguhnya di antara nama-namanya ialah:

  • Surah Doa
  • Surah Munajat
  • Surah Penyerahan
  • Surah Perawat
  • Surah Kesembuhan
  • Surah Penyembuh, berdasarkan sabdaan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((Sesungguhnya ia adalah ubat bagi setiap [penyakit].”

Dan mereka (para ulama’) berkata: “Apabila engkau sakit atau mengadu kesakitan, maka hendaklah engkau [membaca] Al-Fātiḥah; maka sesungguhnya ia akan menyembuhkan [dengan kudrat dan kehendak Allah].” Selesai.

PENUNTUT ILMU

Leave a comment