Lima Malam Waktu Doa Mustajab Menurut Al-Imām al-Shāfiʿī


Al-Imām al-Shāfiʿī (w.204H): Lima Malam Waktu Doa Mustajab

* * * * *

Al-Imām al-Mujaddid [kurun kedua] al-Shāfiʿī (w.204H) menyebut di dalam kitabnya yang masyhur “al-Umm”:

وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ فِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ ، وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى ، وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ ، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

“Dan telah sampai kepada kami [riwayat yang menyatakan] bahawa sesungguhnya dikatakan doa itu diterima pada lima malam, iaitu pada:

(i) Malam Jumaat [setiap minggu],

(ii) Malam hari raya Aidiladha (10 Zulhijjah),

(iii) Malam hari raya Aidilfitri (1 Syawal),

(iv) Malam pertama daripada bulan Rejab (1 Rejab), dan

(v) Malam Nisfu Sya’ban (15 Sya’ban).”

Kemudian beliau menyebut di hujung perbincangan ini:

وَأَنَا أَسْتَحِبُّ كَلَّ مَا حُكِيَتْ فِي هَذِهِ اللَّيَالِي مِنْ غَيْرِ أَنْ يَكُونَ فَرْضًا

“Dan aku menyukai (memandang ia sebagai sunat) setiap apa yang diriwayatkan berkenaan malam-malam ini [bagi menghidupkannya dengan doa, zikir dan seumpamanya] tanpa menjadikan ia sebagai satu kefarduan.”

R: (al-Shafi’i (204H), 1990 – al-Umm) – (Juzuk 1, muka surat: 264). Kata-kata al-Imām al-Shāfiʿī ini juga telah dinukilkan oleh al-Imām al-Bayhaqī di dalam kitab beliau “al-Sunan al-Kubrā”.

Nota:

Malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Sya’ban adalah di antara malam-malam yang diberkati, dianjurkan ibadah dan dimustajabkan doa.

PENUNTUT ILMU

Leave a comment